Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha..

Assalamualaikum..
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di muka bumi ini.. bagi aku.. raya Qurban tahun amat bermakna.. semalam.. untuk pertama kalinya.. aku melihat sebdiri lembu di sembelih.. jujur aku cakap.. aku tak pernah tengok orang sembelih lembu secara live.. rasa kasihan.. tiba - tiba terimbau dosa - dosa yang pernah aku lakukan dulu.. aku dapat bayangkan macam mana seksanya nak mati.. subhanallah.. aku teringat kisah nabi ibrahim yang diperintah oleh Allah S.W.T supaya menyembelih anaknya, nabi Ismail.. waktu itu.. nabi Ismail masih kecil.. walaupun masih kecil.. dengan perasaan cinta kepada Allah S.W.T, nabi Ismail rela disembelih.. bapanya nabi Ibrahim sangat sedih.. namun, dicekalkan hatinya.. dan kerana sifat taat akan perintah Allah S.W.T.. nabi Ibrahim pun meletakkan pisau ke leher anaknya.. beliau telah bersedia untuk menyembelih anaknya.. waktu itu.. nabi Ibrahim telah menutup matanya.. dan kemudian menyembelih anaknya.. terperciklah darah.. nabi Ibrahim pun buka ikatan kain yang menutup matanya.. alangkah terkejutnya nabi Ibrahim apabila mendapati yang disembelihnya itu.. bukan anaknya.. tetapi.. seekor kibas.. nabi Ibrahim lantas bersyukur.. dan memuji - muji Allah.. sesungguhnya Allah maha berkuasa.. kisah ini.. saja aku ceritakan.. sekadar untuk ingatan dan teladan.. semoga kisah ini memberi impak yang baik kepada diri kita.. dan seterusnya.. mengubah diri kita kepada seorang insan yang di rahmati Allah.. dan ditempatkan di syurga yang menjadi impian setiap manusia.. okeylah.. sampai disini saja.. lain masa.. aku akan menge'post' lagi.. Salam Aidiladha..

No comments:

Post a Comment