Saturday, November 26, 2011

♥♥ Salam Maal Hijrah ♥♥

whoaahh.. dah lama aku tak menge'post'.. sorry..
lepas balik dari kuantan.. aku demam.. sekarang pun masih batuk dan selsema..
ok.. fokus kepada tajuk aku kali ni.. Aku nak ucapkan salam maal hijrah.. semoga kita semua dapat memulakan tahun 1433 hijrah ini.. dengan melakukan amal jariah.. berbuat baik.. dan bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.. :)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha..

Assalamualaikum..
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di muka bumi ini.. bagi aku.. raya Qurban tahun amat bermakna.. semalam.. untuk pertama kalinya.. aku melihat sebdiri lembu di sembelih.. jujur aku cakap.. aku tak pernah tengok orang sembelih lembu secara live.. rasa kasihan.. tiba - tiba terimbau dosa - dosa yang pernah aku lakukan dulu.. aku dapat bayangkan macam mana seksanya nak mati.. subhanallah.. aku teringat kisah nabi ibrahim yang diperintah oleh Allah S.W.T supaya menyembelih anaknya, nabi Ismail.. waktu itu.. nabi Ismail masih kecil.. walaupun masih kecil.. dengan perasaan cinta kepada Allah S.W.T, nabi Ismail rela disembelih.. bapanya nabi Ibrahim sangat sedih.. namun, dicekalkan hatinya.. dan kerana sifat taat akan perintah Allah S.W.T.. nabi Ibrahim pun meletakkan pisau ke leher anaknya.. beliau telah bersedia untuk menyembelih anaknya.. waktu itu.. nabi Ibrahim telah menutup matanya.. dan kemudian menyembelih anaknya.. terperciklah darah.. nabi Ibrahim pun buka ikatan kain yang menutup matanya.. alangkah terkejutnya nabi Ibrahim apabila mendapati yang disembelihnya itu.. bukan anaknya.. tetapi.. seekor kibas.. nabi Ibrahim lantas bersyukur.. dan memuji - muji Allah.. sesungguhnya Allah maha berkuasa.. kisah ini.. saja aku ceritakan.. sekadar untuk ingatan dan teladan.. semoga kisah ini memberi impak yang baik kepada diri kita.. dan seterusnya.. mengubah diri kita kepada seorang insan yang di rahmati Allah.. dan ditempatkan di syurga yang menjadi impian setiap manusia.. okeylah.. sampai disini saja.. lain masa.. aku akan menge'post' lagi.. Salam Aidiladha..

Tuesday, November 1, 2011

Secret..

Assalamualaikum..
Nak cerita tentang C.I.N.T.A
Cinta ? pernahkah aku bercinta? Apa itu cinta? huh~ Lelaki.. susah nak cari yang betul - betul mencintai kita sepenuh hati.. urm.. tak tahulah kenapa.. sampai sekarang, aku tak berani untuk bercinta.. mungkin sebelum ini, aku anggap yang aku pernah mencintai seseorang.. aku rasa tak.. ia lebih kepada KAWAN BAIK.. aku anggap kawan lelaki yang aku kenal seperti hubungan seorang kanak - kanak perempuan yang berkawan dengan kanak - kanak lelaki.. tak lebih daripada itu.. tapi, ada suatu peristiwa yang berlaku.. ia berlaku kira - kira.. empat bulan yang lalu.. aku rasa.. aku minat dengan seorang LELAKI.. comel.. hensem.. nampak baik.. tapi.. aku tak berani nak tegur dia.. aku tengok dari jauh je.. :P dia ni, bukan sekelas dengan aku.. bukan satu sekolah dengan aku.. dan.. bukan sekampung dengan aku.. hahaha.. rasa kelakar pula.. aku bukan perempuan yang mudah terpikat dengan lelaki... tapi.. aku rasa.. aku dah minat dekat ****** !! cara dia jalan.. pakaian dia.. senyuman dia.. waarrgghh.. aku nak buat pengakuan.. AKU SUKA DIA !!! walaupun dah tak dapat jumpa dia.. semua tentang dia.. aku masih ingat.. aku tak berani bercinta.. tapi.. tak salah kalau aku sekadar minat kan? mm... leganya bila dah luahkan dekat blog ni.. ini sajalah aku nak luahkan pada hari ni.. esok lusa aku akan menge'post' lagi k.. Salam..